Seperti yang kita banyak lihat hari ini, banyak persatuan atau organisasi belia yang tidak dapat kekal lama kewujudannya terutama di peringkat cawangan di kawasan luar bandar. Mengapa ini terjadi?
Pada pendapat aku yang telah menyertai dan terlibat di dalam organisasi belia ni sejak dari tahun 2001, aku nampak yang nyata ialah masalah kewangan. Baik di pihak organisasi ataupun di pihak ahli-ahlinya. Kenapa keadaan ini terjadi?
Pada pendapat aku antara faktor-faktornya ialah:
1. Organisasi belia yang ditubuhkan tidak dapat menjana kewangannya sendiri dan terlalu berharap kepada bantuan dan sumbangan.
2. Organisasi tidak dapat mengekalkan ahlinya kerana tiadanya jaminan masa depan bagi ahli-ahli terutamanya bagi ahli-ahli yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
3. Kurang atau tiadanya pengalaman menguruskan persatuan terutama di pihak pengurusan tertinggi persatuan seperti Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
4. Lemahnya pengurusan kewangan persatuan terutama dalam merancang dan mengawal perbelanjaan.
5. Tiada pemantauan dan penyeliaan di pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah
6. Adanya campurtangan politik yang keterlaluan di dalam organisasi persatuan
7. Ketiadaan pemimpin pelapis yang dapat menggantikan kecemerlangan kepimpinan lama
8. Perebutan jawatan dan kuasa di dalam organisasi persatuan
9. Ahli Jawatankuasa tidak tahu bidang tugas masing-masing dan tidak sanggup memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Pada pendapat aku itulah diantara faktor2 yang menyebabkan organisasi persatuan belia tidak dapat bertahan lama terutama di kawasan luar bandar, itupun sebab aku ni kat luar bandar dan itulah yang banyak terjadi kepada organisasi belia ni. Jika kesemua 9 faktor tadi dapat kita atasi, InsyaAllah organisasi belia itu akan dapat terus kekal berpanjangan seperti contohnya persatuan2 kaum Cina yang sangat menjaga kepentingan ahli2nya..INSYAALLAH Kalau Orang Lain Boleh...Kenapa Kita Tidak?