- KARNIVAL BELIA NEGERI SEMBILAN 2012Aku telah diterima sebagai Exco Lantikan MBNNS pada 13hb. Februari yang lalu. Mesyuarat yang pertama sekali aku hadiri ialah Mesyuarat Khas untuk Program Karnival Belia NS pada 17-19 Februari ini. Hangat masa meating tu, banyak kepincangan yang telah terbongkar semasa persiapan karnival ini. SUA nampaknya macam control semua perkara tentang karnival, sedangkan semua exco berhak tahu terlebih dahulu tentang persiapan yang telah dijalankan. Budget kewangan pun tidak didedahkan di dalam meating tu...hanya penerangan ringkas daripada Presiden dan SUA. Bagi aku kat sini dah nampak ketidaktelusan dalam penganjuran program, sebab itu ramai exco yang melenting mempertikaikannya. Aku tak dapat nak cakap apa2 sebab baru masuk....tengok dan lihatlah dulu nampaknya. Mungkin sebulan dua lagi barulah aku boleh bersuara dengan lebih lantang lagi. Sekarang ini pun aku tak di beri tugas yang perlu di buat di dalam karnival ni. Aku datang petang jumaat semalam (17hb.Feb)terus pergi ke bilik urusetia sementara kat padang MPS tu, baju korporat utk perasmian tak siap, katanya aku lambat sangat bagi saiz...takpelah kalau camtu tapi masalahnya ape aku nak buat kat karnival ni??USELESS betul aku rasa kat sini. Berlegar-legar sampai ke tgh malam tak tau nak buat ape??? makan pun sendiri2 je, macam takde dipedulikan, dahlah malam tadi aku tidur sorang2 kat Hotel Carlton Star kat tengah Bandar Seremban ni. Lastly aku ambik keputusan pagi sabtu (18hb.) aku blah ke pejabat BSMM Cawangan NS lagi baik...banyak yg boleh di buat. Tengahari tadi aku pun balik ke rumah lagi baik, makan minum semua ada tidur pun selesa. Pagi esok baru aku ke Seremban balik, sebab pukul 10.30 pagi ada meating J/K Latihan kat pejabat BSMM Cawangan NS, lepas tu aku rasa nak pegi tengok Simposium Pelajar Muda & Mahasiswa di Wima UMNO Negeri. Oklah cukup setakat ini aku berbicara...
SELAMAT DATANG KE
BLOG BILA AKU BERBICARA...
Sabtu, 18 Februari 2012
Langgan:
Ulasan (Atom)