7 Mei 2011- Hari ini aku telah berjaya menyiapkan kertas kerja untuk menubuhkan Tabung Penyelanggaraan Van BSMM Cabang yg akan kami terima daripada BSMM Caw. NS menjelang bulan 7 atau 8 tahun ini. Banyak perancangan aku utk BSMM Cabang Jempol ni, cuma masa dan komitmen AJK nya saja yang mungkin membataskan perancangan aku tu. Aku juga dah cuba buat analisis tentang cara utk menubuhkan tabung utk membeli bangunan pejabat 2 tingkat utk BSMM Cabang Jempol pulak, di samping itu aku juga telah memohon bantuan Dato' Nellie dan Dato' Wong, Penasihat dan Pengerusi BSMM Cawangan NS. Memang letih kalau nak diikutkan tapi bagi aku kejayaan Cabang Jempol ini juga melambangkan kejayaan aku juga. Mana taknya aku lah yang mengaktifkan Cabang Jempol ni daripada terkubur sejak tahun 90-an yg lalu.
Semalam masa meating AJK, hanya 10 orang AJK saja yg datang daripada 19 org semuanya, macamana tak sakitnya hati mengenangkan perangai sesetengah AJK ni. Jawatan nak..., tapi buat kerja tak nak.....
Semenjak diaktifkan pada 25 April 2005 yang lalu, aku rasa dah ramai AJK bertukar ganti...mana tak nya kata abg Arip yang betul2 aktif dgn BSMM ni hanya orang yang SUKA GILA!!!..dah tak boleh kata sukarela dah.. sebab kalau hanya SUKA dan RELA saja aku rasa tak cukup, baik masuk RELA atau JPA3 dapat jugak elaun kan?
Ingat BSMM ni pertubuhan NGO's ke? walaupun ada yg kata bukan NGO's tapi bagi aku di peringkat Cabang ni memang NGO's yg tulen sebab Cabang mana ada dapat geran bantuan kerajaan? kalau di peringkat IPK tu memang senanglah cakap sebab setiap tahun kerajaan bagi geran bantuan. Tapi mana dia bantuan tu sampai ke Cabang? Kalau kita tengok perancangannya gah betul...nak buat itu dan ini, menjelang 2010 semua cabang dah ada pejabat dan paid staff sendiri...TAPI sapa yg bagi duit???
Ada jugak di kalangan AJK yg join Cabang sebab nakkan laba dan keuntungan, bagi pendapat aku boleh...tapi jgnlah nampak sangat...kata kenal org tu dan ini tapi habuk pun tarak.
Cukuplah setakat ni dulu aku berbicara....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan