Pada 28-30 November 2012 yang lepas, aku sekeluarga bercuti ke Terengganu bagi menghabiskan percutian terakhir pada tahun 2012. Kami semua memilih untuk menginap di Batu Buruk Beach Resort, Kuala Terengganu sebagai destinasi penginapan kami semua. Tempat ok walaupun agak sempit, anak-anak semua gembira sakan bermandi-manda di kolam renang yang disediakan oleh pihak resort.


Tempat yang pertama kami lawati ialah Pusat Tamadun Islam Terengganu. Sangat menarik, macam dah mengelilingi dunia rasanya...walaupun penat menapak berjalan kaki selama hampir 3 jam, itu semua kami lalui kerana nak melihat keseluruhan replika binaan di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan